ღ#|Posted safe sejatera to the reader, reading br0der hope you get the benefit of useful life and the hereafter|#ღ

#|Selamat Tinggal London


Pengakhiran buruan pingat emas pertama negara Malaysia telah ditamatkan dengan pengharapan diletakkan kepada atlet akhir bagi acara renang bryan nickson lomas yang kecundang tidak dapat masuk ke peringkat seterusnya apabila tewas dikedudukan kurang baik diantara persaingan negara-negara bertanding.

Terdahulu pingat negara disumbangkan oleh Dato Lee Chong Wei dengan pingat perak diikuti Pandelela Rinong bagi pingat gangsa sekaligus atlet wanita pertama dan termuda mencatatkan sejarah negara memenangi pingat di peringkat Olimpik.Skuad Olimpik Malaysia kali ini mengulangi pungutan pingat di Olimpik Atlanta Georgia USA pada tahun 1996 dengan kemenangan satu perak satu gangsa.

Sejauh mana pencapaian objektif sasaran negara telah tercapai dengan belanjawan yang banyak oleh kerajaan kepada sukan negara sebelum dan selepas kejohanan Olimpik atau hanya sekadar projek eksperimen yang tidak sudah-sudah serta kurang memberikan impak rangsangan seperti mana semua pihak ingini.

Apa sekali pun perancangan yang dibuat 2012,2016,2020 atlet mahupun persatuan sukan dan majlis sukan pasti merancang yakni merangka persiapan terbaik bagi melahirkan insan yang akan mengharumkan dan meletakkan nama Malaysia di persada dunia.Sokongan rakyat Malaysia seharusnya bersama-sama dengan mereka agar perlaksanaan kejayaan sesuatu sukan boleh tercapai sebagaimana berjayanya sukan menyatu padukan rakyat diseluruh dunia tanpa mengira bangsa,agama dan keturunan.

Selepas ini Olimpik akan dilangsungkan oleh Brazil.Pelbagai persiapan venue acara telah dirancang dan thema Brazil sudah dikenali dengan gaya samba,namun kelainan gaya pada Olimpik yang akan datang akan diraikan oleh tuan rumah dengan kelainan berbeza pasti ditunggu-tunggu oleh negara lain serata dunia.-jelas wakil pegawai Olimpik Brazil 2016.





No comments: