ღ#|Posted safe sejatera to the reader, reading br0der hope you get the benefit of useful life and the hereafter|#ღ

#|Salam Kemaafan Raya Aidilfitri


Jalan raya pasti penuh sakan sesak jika tidak mengikut jadual pelan seperti yang dirancang oleh Lembaga Lebuh Raya ,agensi berkaitan dengan kerjasama PlUS dan badan korporat lain bagi memastikan hasrat setiap pengguna jalan raya selamat pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung tidak lama lagi..InsyAllah.(esok ahad 19 ogos 2012 bersamaan 1 syawal 1433 hijrah)

Bagaimana persiapan kali ini mewah,sederhana atau biasa sahaja adalah  mengikut kadar kemampuan seseorang untuk meraikan HARI Raya pada waktu yang dianggap kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa dengan pelbagai ujian disepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Kesan sebelum Ramadhan,semasa Ramadhan dan selepas Ramadhan mendidik jiwa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t pasti semakin tahun semakin berbeza tahap kualiti keimanan berbanding dengan sebelum-sebelumnya seiring lanjutan peningkatan usia yang semakin meningkat dari hari ke hari masa ke semasa.

Bersamalah menghayati iktibar peristiwa Ramadhan-Syawal dan bulan Islam lain semoga segala niat membawa watak khalifah yang memperjuangkan Islam&Iman agar mantap disetiap jiwa sebagai membuktikan penyebaran syiar Islam demi cinta dan kasihnya kepada Allah dan Rasulullah.



No comments: