ღ#|Posted safe sejatera to the reader, reading br0der hope you get the benefit of useful life and the hereafter|#ღ

#|Sketsa Olimpik Raket







Malaysia masih lagi belum untuk mengenggam pingat emas di Olimpik kali ke 30 di kota London 2012.Datuk Lee Chong Wei dikalahkan seterunya Lin Dan pada perlawanan akhir yang berkesudahan mata 1-2 apabila permainan dilanjutkan ke set ketiga.

Rakyat Malaysia berdoa menyokong sepenuh perhatian kepada pemain badminton nombor dua itu setelah ranking beliau dirampas oleh pemain negara China tersebut pada perlawanan lalu akibat kecederaan dibuku lali kaki terseliuh ketika permainan dikejohanan Piala Thomas.

Namun kali ini Lee Chong Wei baru-baru ini dikurniakan anugerah dalam anggota tentera laut Malaysia berpangkat leftenan muda mula menunjukkan kebangkitan di peringkat Olimpik dengan rasa bangga dan berkeyakinan pada peringkat permulaan sehingga bertemu sejarah lagi sekali situasi sama Olimpik Beijing,China dahulu apabila perlawanan akhir acara perseorangan lelaki bertemu dengan Lin Dan juga seorang askar tentera darat.

Hasrat seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kejayaan Datuk Lee Chong Wei tidak kesampaian apabila tewas sekali lagi adegan sama ketika Olimpik Beijing 2008 pada 4 tahun yang lalu.Jika kemenangan berpihak kepada negara pasti habuan ganjaran yang bakal diterima oleh Lee Chong Wei sangat besar hampir kepada angka 5 juta dan turut dirasai oleh semua rakyat dengan makan percuma aiskrim yang ditaja oleh syarikat Baskin-Robbins Malaysia serta penduduk di wilayah Pulau Pinang pula percuma nasi kandar.

Masihkah ada harapan dan kemenangan bagi Malaysia untuk menempa sejarah kali pertama memenangi pingat emas pertama negara atau perlu menunggu lagi 4 tahun di Olimpik Brazil 2016 bagi merungkaikan cabaran memburu emas dengan acara mana yang belum pasti lagi,namun terdapat juga atlit elit dari lapangan pelbagai jenis sukan lain yang juga mampu untuk melakar sejarah negara pada masa hadapan.