ღ#|Posted safe sejatera to the reader, reading br0der hope you get the benefit of useful life and the hereafter|#ღ

#|Mencari Redhamu


pejam celik masa berlalu telah masuk di bulan penuh keberkatan lagimulia bulan penghulu segala bulan dimana didalamnya terdapat amalan kebaikan lebih baik 1000 bulan sehingga pahala digandakan ke peringkat 700 mengikut kehendak Allah s.w.t kepada hambanya.

Ramadhan tiba lagi dengan penuh kesyukuran tersemat didada berlumba-lumba untuk memperolehi kebaikan pahala berganda disamping meneruskan tuntutan puasa seperti mana disuruhkan oleh agama islam.Bulan Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian kepada beberapa peringkat yakni 10 hari pertama dilimpahkan rahmat keberkatan,10 hari berikutnya adalah pengampunan dan 10hari terakhir adalah dibebaskan dari api neraka.

Berpuasa dibulan Ramadhan serta ditambah dengan puasa sunat 6 hari seolah pahalanya berpuasa sepanjang tahun.Sejauh mana mampu untuk melakukan adalah bergantung pada tahap keimanan dan kesungguhannya sebagai hamba abdi kepada Allah s.w.t

Berganda-ganda pahala digandakan sempena bulan Ramadhan,apatah lagi jika amalan yang dilakukan ditempat suci seperti Mekah,Madinah,Al-Aqsa pasti diri inginkan untuk mendapatkan ganjaran besar pahala tersebut.Tetapi apakan daya broder masih belum ada kesempatan untuk mendapatkan tempat suci sedemikian namun harus bersyukur masih lagi berkesempatan untuk melakukan ibadah seperti hari-hari biasa.

Apa yang penting adalah mendapatkan dan mencari Redha ilahi.Mencintai Allah dan Rasulullah serta dicintai olehnya.Terasa kerdil sebagai manusia biasa kerana betapa banyaknya nikmat dari Allah s.w.t kepada hambanya dari dulu hingga sekarang tanpa tiada batasan limpah Rahmat kurnia kepada makhluknya.Semoga terus berdoa dan berusaha untuk mendapatkan Syurga penuh kenikmatan dan dihindarkan dari api neraka amin..amin..InsyaAllah serta apabila hijab terbuka lalu dapat melihat akan Allah s.w.t maka akan terhenti sebentar akan nikmat kelazatan Jannah dengan izin ilahi jua.

No comments: