ღ#|Posted safe sejatera to the reader, reading br0der hope you get the benefit of useful life and the hereafter|#ღ

#|Liga Terawih


pasti perut kekenyangan ketika berbuka.Pelbagai hidangan juadah sempena Ramadhan yang penuh keberkatan,namun usah lupa akan orang seagama di negara lain yang tidak seuntung di Malaysia pada hari ini.Bersyukurlah...lah yerk.

Lepas solat maghrib berehat kembali diruang tamu melihat jam menunggu detik larat untuk ke masjid-masjid atau surau untuk solat isyak berjemaah sekaligus solat sunat terawih berjemaah.Pada dewasa kini mempunyai fenomena disepanjang malam Ramadhan saban tahun telah menjadi tradisi masyarakat lakukan samada secara sedar atau pun tidak.

Peringkat Kelayakan

Rekod kehadiran jemaah ke masjid surau dihari 1-10 malam terawal melebihi dari hari biasa.Perumpamaan ini seperti selection first rounds.Begitu ramai ahli telah menjalani sesi pemilihan diantara ramai jemaah siapakah yang terbaik.Saf solat tidak mengcukupi sehingga berpusu-pusu ke luar ruang solat dibina khemah untuk berjemaah.hehe~

Semifinal

Rekod kehadiran jemaah ke masjid surau dihari 11-20 malam berikutnya semakin berkurangan setelah menjalani pelbagai dugaan disepanjang pemilihan.Hanya yang terbaik masih lagi meneruskan perjuangan tersebut.Saf solat hanya separuh dari ruang dalam masjid atau surau.Lampu Khemah diluar ditutup dan ada juga khemah telah dilipat ke stor kembali.hik..hik~

Grand Finaley

Rekod kehadiran jemaah boleh ke masjid dihari 10 malam terakhir boleh dihitung.Hanya jemaah yang benar-benar terbaik dipilih pada saat ketika ini.Waktu ini juga ganjaran hadiah adalah lebih baik dari 1000 bulan melakukannya seolah hampir 80 tahun lebih kerja amalan digandakan kebaikannya.Saf tinggal imam dan kebanyakan jemaah sudah balik dikampung kerana tewas untuk menyarung jersi Hari Raya.huk..huk~

Dimanakah masyarakat meletakkan diri untuk merebut peluang yang sepatutnya direbut peluang akan pemberian nikmat oleh Allah menjanjikan kebaikan Rahmatnya melimpah serta semoga konsisten untuk terus menunaikan kewajipan sebagai hambanya sama ada sebelum Ramadhan,ketika Ramadhan dan selepas Ramadhan dengan menghayati erti Ramadhan tersebut.


No comments: